Pages

Rabu, 30 September 2009

aDe Ape NgaN BuLaN 10??

Assalamualaikum para blogger dan para pembaca.....beberapa minit jew lagi bulan 9/2009 akan pergi meninggalkan kite,, bulan 10 pula akan menanti,, dalam bulan 10 nih juga kami dilahirkan,,he3,,, k izan x nak tulis banyak2,, koang tgk sendiri kalendar nih,, kalo sesape yang x tersenarai tuh,, suri ek,, x tau pown bezde koang bile.. sesape nak tambah bezde die,, bley r g tau t ek.. kalo tersalah letak tuh,, sury sesangat,, mgkin de kesilapan teknikal cket... pape pown izan nak wish happy bezde ntuk semua bezde gurl or boy yang ade kat bula 10 nih,, hehehehe.. moga Allah memanjangkan umor dan dimurahkan rezeki.. Amin........

KeaJaiBaN SeLaWaT??

Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat? Besar sangatkah selawat itu? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini. Tak seronoklah berselawat bila kita tak tahu kelebihan-kelebihan selawat. Oleh itu, pagi ini kita akan membincangkan tentang keajaiban selawat.

1.
Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)
2.
Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
3.
Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
4.
Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5.
Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
6.
Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
7.
Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
8.
Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
9.
Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.
10.
Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.
11.
Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
12.
Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
13.
Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.
14.
Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
15.
Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
16.
Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
17.
Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
18.
Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
19.
Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
20.
Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
21.
Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
22.
Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
23.
Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
24.
Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.
25.
Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
26.
Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
27.
Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
28.
Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
29.
Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim.
30.
Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani

Demikianlah betapa banyaknya ganjaran bagi orang-orang yang berselawat. Oleh itu, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan kita tergolong dalam orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat, insya-Allah.

MaLaM PeRtaMa??

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara
Hari itu... mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. ..
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...
Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun akan dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Kerana sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala..,badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... . tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..

Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah tlah pergi....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperolehi Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperolehi Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu.....

Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan kita, sebelum kita menuju
ke

''Malam Pertama Kita''

Selasa, 29 September 2009

Subhanallah...

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata...

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...."
nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. "Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.... Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.... Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan mene ntukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yan g benar dan kekuatan
agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

Ahad, 27 September 2009

penatnye,,

kompang di palu,,
pengantin baru..
duduk bersanding,,
besimpuh malu..

pagi sabtu,, kitoang g umah pak ude kat kapar,, cam yg izan cite ari tuh.. penat o jadi penaggar nih,, first time lak tuh,, mase along izan kawen ari tuh,, izan x jadi penanggar,, izan jadi pe ntah,, izan pown x ingat izan wat pe ari tuh... tapi best gak jadi penaggar nih,, de guk izan belajar bahase jawa ngan doang,, nak suh ayah aja,, jgn harap.. selamat de translater.. sape lagi kalo bukan mak.. baek plak bibik2 tuh aja cakap jawe..

cerita pasal bibik,, selalu,, kitoang panggil pak cik,, makcik jer.. tapi bile da sampai sane,, sume da bertukar jadi wak ngan bibik.. maklomlah,, sume yang ade kat c2,, jawe.. family kitoang jer yang mix.. (melayu+jawe).. he3,, kadang2,, yg pompuan pown kitoang paggl wak.. naseb r.. da rmai sangat wak nye..

pagi tdi,, lepas jer marhaban,, abg g check enset die.. da ilang la plak.. adoyai.. masalah btol.. dari pagi kitoang cari,, da nak maghrib baru jumpe,, jumpe kat ne ntah.. ni pown ngah tunggu abg blek dari sane.. nak dengar cerita die..

nak tau x,, malam semalam an,, doang wat joget lambak,, bahase saintifik die,, pe ntah.. he3.. maklomlah,, first time lak izan g,, kalo kat kg nih,, jgn harap izan nak g.. buang mase jerk.. sebenarye,, kitoang nak g amek beg kat kete,, kalo nak g c2,, kene gak lalu depan doang.. da r doang terkinja2 kat c2.. cam oang lalok jer.. takot btol.. dak2 kecik pown same guk,, ish3.. dak2 nih,, g tdo lagi bagos.. da mlm cket tuh,, kitoang terpakse r redah jerk.. da ngantok sangat.. x kan nak tunggu sampai abes kot.. mase kitoang nak tdo 2 pown,, doang x abes ag..

sebelom tuh an,, kitoang de jumpe sepupu kitoang,, die nih,, lbey tue dari mak ngan ayah rupenye.. da ade cucu plak,, so,, kalo die da de cucu,, kitoang pown da jadi nenek la,, walaupown nenek sedare,, nenek guk.. merase la jadi nenek mude,, he3..

k la kawan2,, sok izan cite ek,, sape yg amek enset abg izan tuh,, lambat benor die sampai umah.. nih gambo kitoang mase kat rumah pengantin,, x dapat nak masok kat album galeri coz,, x abes edit lagi blog nih.. yg selebehnye,, de kat myspace,, dalam album raye..



Jumaat, 25 September 2009

Sy0kNye RaYe,,,

Hari raya semua bagai nak gila
Bila puasa buat-buatlah lupa
Berpakaian semua harus sepadan
Tapi puasa tak cukup sebulan

Berpuasa rukun Islam ketiga
Wajib kita untuk menunaikannya
Tidak kira usia tua dan muda
Miskin dan kaya semua serupa

syoknye raye taun nih,, nak tau kenape?? dapat puase sebulan ngan family,, 2 la perkare yang paling seronok dalam idop izan,, hu3.. dak2 poli yg puase kat poli tuh,, jgn lelez lak.. raye pertama,, izan cam bese r,, raye ngan family dlu,, pastuh,, baru g umah nenek,, ucu asyik tepon jerk,, suh datang cepat.. sampai sane jerk,, suasanenye,, pergh.. riuh rendah... x sabo lak nak masok umah nenek ni... izan paling suke kalo umah tuh riuh rendah.. ye la,, kalo da sedare mare da kumpol,, kompem umah nenek tuh riuh rendah.. syok 0o0o0o00o.. dapat wet raye.. dalam family kitoang,, selagi lom kije,, masih boley dapat duet raye.. he3.. bile da raye ngan sedare mare,, kitoang berangkat plak ke kubo,, erm,,, sedih plak ble teringatkan raye taun nih,, x derk paklang di sisi... blek tuh,, kitoang teros blek umah,, coz pak ude dari klang nak dtg umah.. petang tuh,, baru kitoang sambong beraye kat umah nenek2 sedare.. malam tuh,, sambong ag.. g umah makcik2 sedare yang dekat2 jerk dulu...

raye ke2 lak?? kitoang beraye kat shah alam.. nenek sebelah ayah dok kat sane.. pastuh,, kitoang beraye lak ke klang,, kg adek beradek ayah,,, kat meru ngan kat kapar.. dapat wet raye guk.. taun nih punye duet raye,, lagi banyak dari taun lepas.. he3,, pukul 7 baru sampai rumah.. adoyai.. penat giler.. ceh,, cam izan je yg drive..

raye ketige plak,, izan x g mane2... x tau nak g mane ag.. raye ke-4,, sepatotnye,, izan kene kije,, tapi izan dengan selumbernye,, g ponteng kije,, he3,, izan g bawak nenek izan g raye umah adek beradek die.. sdeh plak ble tgk nenek beraye ngan doang.. izan wat2 x nampak je,, kang,, ngan izan2 sekali nangis.. mahal nih air mate izan.. ceh.. poyo je..

raye ke-5,, izan da mule kije,, selamat x lambat g kije... pukol 6.45,, baru abg izan kejot an,, kalo x,, kompem lambat.. abg ngan kakak2 izan cadang nak g tgk wayang,, ish x aci tol doang nih,, time izan kije,, br doang ajk g tgk wayang.. pape ntah.. bile sampai je kat tempat kije,, penyelia kawan izan yg izan ckp ari tuh,, tetibe jerk baik plak,, die bg izan half day... so,, izan pe ag,, half day r.. da sampai umah tuh,, tetibe lak,, along izan xcident,, x jadi r g tgk wayang.. alhamdulillah,, along izan x pape,, kete die je remok kene langgar ngan treller.. malam tuh,, kitoang g men bowling,, he3,, best btol.. bkan selalu dapat kuar rmai2 camnih,, tapi abg izan ngan bakal kakak ipar x jadi ikot.. nape ntah..

raye ke 6,, hari nih,, kene kije r.. adek izan plak kejot.. adoyai.. asyik bangon lambat jerk.. x de mud nak g kije.. bkan wat pape pown.. bosan gile.. td izan men game jerk.. 22 penyelia x datang.. bos plak cuti 2 minggu.. td izan ngan kawan praktikel g umah kawan kat Tali Air,, die suh datang,, kitoang bkn g beraye,, g on9 kat umah die.. he3,, pastuh,, tolak dari rumah die kol 3 lak tuh.. selumber je.. sampai opis,, kol 3.15..

raye ke 7 ngan ke 8,, izan nak beraye,, eh,, silap2.. izan nak g umah pak ude izan kat kapar,, klang.. anak die bersanding ahad nih.. insyaallah,, kitoang bertolak pagi sok ke rumah die.. da r izan ngan adek,, kene jadi penanggar.. adoyai.. pape pown,, tgk r gambo kat bwh nie,, yg pkai bju pink,, raye pertame ngan nenek kat sebelah mak,, yg pkai bju ijau,, raye ke2 ngan nenek kat sebelah ayah....

Selasa, 22 September 2009

SeLaMat HaRi Raya

hai korang,, selamat hari raya,, seronokn eh korang beraya,, jangan lupa singgah kat umah izan di Banting selangor,, bukan kampung Banting kat Sabak Bernam tau.. ni Banting kat Kuala Langat,, tapi sebelom nak melangkah ke umah izan tuh,, tepon dulu tau.. takot2 izan x derk kat umah jerk.. kamis nih,, izan da mula kije.. ermm,, ni jer yg izan nak post ntuk ari nih.. maybe,, sok atau lusa,, izan cite pasal seronoknya izan beraya di kampung.. okey??? hehehe,, assalamualaikum dan selamat beraya sume...

Jumaat, 18 September 2009

hari ni??

lebat lak ujan ari nih.. ingat baru nak tumpang abg g opis,, tetibe jerk ujan benti.. adoyai.. minggu nih,, malas gile nak g kije.. nape ntah.. maybe nak raye kot.. kat jab. perbendaharaan,, dak2 praktikel dapat cuti seminggu ntok raye.. x aci tol.. ucu nih,, ne bley bagi doang cuti lame2.. oang x pat cti pown.. rugi tol x gune borang cuti yang poli bagi tuh.. ish..

nape ntah.. hari ni,, cam2 perkare berlaku.. selamat x excident pagi tadi,, gare2 doang nek moto x isi minyak r nih.. adoyai.. sengal r doang nih.. pas rehat jerk.. penyelia ngan kawan g sunway,, g amek vendor kitoang kat sane,, coz kete oang tuh,, rosak.. penyelia izan tuh,, kalo g ngan en. miskon,, die x nak g,, nape ntah.. da penyelia kawan izan tuh bising.. sepatotnya,, bukan penyelia izan yang kene g,, penyelia kawan izan tuh yang patotnya g.. pape ntah.. da kije die,, die r yang g.. bile die ni kene marah,, die marah kat kitoang lak.. ek eleh.. die ingat die sape.. bagos sangat ker?? pape ntah.. selamat die bukan bos,, kalo bos,, lagi terok r gamaknye..

bos bagi cuti ntok raye,, tapi,, die x cakap bape ari,, bos kate nak cuti bley,, tapi,, pandai2 r.. izan nak cuti ari rabu.. ley ikot akk g jalan,, bestnye.. patuh,, mase ngah shut down an kak sarimah nye komputer tetibe jerk c penyelia lagi soang tuh nk marah plak,, die kate dak praktikel ne ley cuti.. ek eleh,, bos bagi,, die plak lbey2,, die bukan bos pown,, bikin kecoh saja.. sebab die r,, da tertinggal kueh raye kat opis.. sengal tol r.. tension nye.. kalo tau r awal2 keadaan opis tuh cm2,, kompen 100% izan x nak praktikel kat c2,, selamat la kawan2 praktikel 2 baek.. tapi x sume 1 jabatan,, ngan kawan2 yang izan cite dulu tuh..

tadi try call penyelia,, tanye pasal kueh raye izan yang tertinggl tuh.. selamat die ade kat opis ag.. tapi mase tuh,, izan redho kalo kueh 2,, da di amek oang.. tetibe die "tanye nak ke??" izan da sdeh nih,, "x pe r,, amek jer r".. "btol nih,, kalo nak,, t bley anta an.." "x pe r bang,, amek jer r.." dlm 5 mnit cm2,, enset bunyi plak,, die bg msg tanye umah kat ne,, adoyai die nih,, btol ke nak anta an.. pastuh,, die suh tunggu kat jalan besar.. izan owrite jerk.. da 5 minit tunggu,, baru die sampai.. "wat susah2 jerk,, an da kate x yah anta an.." "x pe r,, kang kempunan lak nak makan kueh raye" "ish,, die nih,, selamat sepupu die pown ade dlm kete tuh,, kalo x,, kene blek da.." so,, ari nih,, x kempunan r nak makan kueh raye yang kitoang seludup dari jabatan landskap.. huhuhu.. naek cuti nnt,, kompem kene perli kueh raye tinggal kat opis ek?? pape pown,, terima kaseh ek abg fendi,, a.k.a penyelia... semalam pown,, mase izan nye charge tinggal gare2 da dapat kepek tempe,, die gak yang simpan kan.. bagos tol dapat penyelia cam die tuh.. hehehe.. kakak2 izan pown da blek nih,, da riuh rendah kat luar umah tuh.. izan pown,, nak g wat kueh raye nih.. sedeh rasenye da nak abes puasa nih... k r kawan2,, di kesempatan ini,, izan nak mengucapkan selamat hari raye aidul fitri kepada seluruh umat islam kat dunia nih.. x lupe gak kat kawan2 baek izan.. izan nak minta maaf dari tangan ke hati,, tangan bersalaman,, hati memaafkan,, or,, meseg bermaafan,, hati memaafkan.. selamat hari raye...

Khamis, 17 September 2009

karmila??

Assalamualaikum para blogger dan para pembaca.. ramai yang plek ble izan gne nama karmila,, plek sangat ker,, name tu bukan nye terok pown,, sedap ape.. yang manis.. huhuhu,, bukan izan nak cakap izan nih manis,, tapi sebenarnya,, name 2 gabungan name mak ngan ayah izan,, name doang?? ne ley g tau.. bayahe tuh.. kat opis izan sume tanya,, nape gne izan karmila?? kalo ikot an hati,, mau je izan jawab,, suke hati izan r.. tapi,, x kan izan nak ckp ngan doang camtu kot,, izan ckp r,, saje je.. sedap name tuh.. hehehe..

tapi,, oang kate,, x elok gabong name mak ngan ayah,, tapi,, name yang izan gabongkan ngan name ayah 2,, name ke2 mak.. bley an kawan2.. 2 jerk izan nak cite pasal karmila nih..

ni plak,, kisah pasal telepon.. kerja yang paling malas yang izan nak wat,, nak tau ape?? jawab telepon la.. pe lagi.. tapi,, panggilan yang izan x kenal jerk.. tapi,, kalo kawan2 izan yang tepon,, mesti izan rajin punye,,

nak bace 1 cite ni x,, ari 2,, de soang mamat nih,, die call,, ne ntah die tau no celcom izan.. setahu izan,, izan bg no nih,, kat dak2 poli jerk.. tapi x tau r an.. sape ntah.. nak berkenalan katenye,, nak tau pe izan wat,, izan pas an tepon 2 kat adek.. da r sore kami adek beradik (pompuan jerk) sume same.. nak wat cmne an.. tp,, kat tepon jerk.. adek izan pown memulakan taktik untuk bersoal jawab ngan oang tuh,, da tabiat izan camtuh,, mmg x suke jwb tepon orang yang izan x kenal,, lagi2,, kalo izan tanye name die,, die x nak jawab,, mmg oang len la yang sambong cakap kat tepon tuh,, kalo kat poli,, kawan2 r jadi mangsa.. kalo kat umah,, adek r pe ag.. kalo da geram sangat.. bagi jerk kat abg.. kompem,, oang tuh da x tepon ag.. bukan ssh.. hehehehe...

Isnin, 14 September 2009

nak letak tajuk ape ek??

assalam para blogger dan para pembaca yang setia bersama blog nih... hehehe.. ade ker?? kalo x de pown,, x kesah r,, sekadar nak bercerita di ruangan blog yang sepi dan suram nih.. ("n_n).. ari sabtu ari tuh,, izan ngan adek g tlg acik wat kueh raye,, banyak lak tuh tempahan die.. sambil2 tuh,, ley blaja wat kueh raye.. kat umah x buat ke?? bukan x nak buat,, tapi mak tau jer r.. disebabkan izan x pernah buat kueh raye kat umah,, mak x caye kalo izan yg wat.. huhuhu.. blek jerk semalam,, mak ngah wat kueh ngan akk,, so,, izan x yah r sebok2 nak wat.. dok tengok tv jerk r.. hehehe..

semalam juga,, bezde acik izan,, mase ari sabtu tuh,, die de ckp,, bezde die besok,, pastuh,, ble ahd,, izan lupa lak nak wish.. bile dengar suami die wish,, baru izan teringat.. petang tuh,, kitoang g bazar kat PKNS Taman Sri Putra.. kitoang ingat an,, x sambot bezdenye,, ye lar,, time pose,, upa-upanya,, suami die bawak KFC ngan kek sekali.. fuh,, kenyang sangat.. Selamat hari lahir yang ke 40 mak ude.. semoga panjang umo dan dimurahkan rezeki..

hari ni,, hari penentu sistem kitoang.. takotnya,, ingat an,, nak hantar pagi,, tapi,, bos de meeting lak.. adoyai.. tunggu punya tunggu,, tepat kol 4.30 petang,, kitoang pown membentangkan sistem kitoang yang x seberapa tuh.. hehehehe..

tiba2,, alamak lupa nak wat kiraan baki stok,, adoyai,, cmne ley jadi cmnih.. 2 r,, cuai ag.. nak wat cmne,, bos suh,, btol kan ape yang x btol,, die suh anta blek 7/10/09.. pastuh bagi markah cket jerk.. dekot r bos nih.. hehehe..

bile cite bulan 10 nih,, x saba rasenya nak masok ke bulan 10 nih,, bulan kelahiran izan.. hehehe.. yang bestnye,, dalam bulan 10 nih,, izan turut berkongsi bezde ngan ayah,, sepupu2,, dak kelas,, dan dak poli yang len,, dak kelas izan pown,, 6- 7 oang yang lahir pada bulan tuh.. nak cite selanjutnya pasal bezde bulan 10 nih,, tunggu bulan 10 ek..

Khamis, 10 September 2009

li munggu ke bape ntah,, hehehe...

da minggu ke bape ek,, kitoang li?? bkn saje x nak ingat.. cume mls nak tls jer,, macam2 bende berlaku dLm minggu nih,, ish3,, ari selasa tuh,, kitoang de perhimpunan rasmi majlis,, selamat x datang lambat,, bley lak izan ley dok lepak kat umah acik dulu.. rumah acik izan dekat jer ngan majlis.. jalan kaki pown sampai... lepas jerk perhimpunan tuh,, kitoang dapat biskut raye ngan buah kurma.. nyum nyum,, sedap wo0o0o0..

tarikh 9/9/09,,tarikh keramat wat penyelia2 izan kat opis nih,, cian doang.. sampai kan YDP,, SU n da geng datang opis kitoang nak tgk bilek server.. adoyai.. pinin doang nak jawab depan YDP.. izan?? izan wat r sistem izan yang ngah tergendala sebab telah di delete dek kawan izan soang nih.. adoyai.. rase cam nak belasah jerk die nih,, selamat bulan pose..

ari nih punya cite?? erm,, ari nih,, kwan izan yg soang ag nih x datang plak,, adoyai,, bosan sungguh.. tadi,, SU datang ag.. die nak tgk blek sever ag.. pastuh,, die angkot penyelia2 kitoang skali g blek meeting.. ish3,, sistem doang da seminggu x ley operasi.. nape ntah.. akhirnya,, berjaya guk izan siapkan sistem yang bos suruh tuh,, ingat an nak antar esok,, tapi bos ckp,, die nak tengok ari isnin,, okay r tuh.. de mase nak edit ape2 yang patot..

mula2 izan cadang nak gune database ngan vb,, da nak siap tuh,, tibe2 jerk x ley nak link.. fedup tol.. pastuh,, mggu lepas,, acik izan cakap,, kalo nak senang,, gne jerk excess,, izan pown try r.. mmg senang pown,, so,, da result is,, izan gne excess jerk.. lagi senang.. da siap da pown,, dari gne vb,, da 3 minggu,, x siap2 ag.. gne excess,, x sampai 2 minggu jerk da siap.. 2 pown,, dari pertolongan kawan2 izan guk,, kalo izan wat soang,, alamatnya,, lame ag r nak siap.. huhuhu.. tadi penyelia izan marah kat kawan izan nih,, ye r,, kije yang yang sepatotnya di buat berdua,, izan kene wat soang jerk.. die bukan x buat.. tapi,, die wat cket,, pastuh,, blah.. ha... kan da kene marah..

Isnin, 7 September 2009

hermmm??

semalam,, izan g shah alam,, g shoping bju raye ngan akk n adek,,, rmainye oang... adoyai... nak parking kete pown susah.. izan sempat bli baju ngan tudung raye jerk... hehehe.. kasot raye x bli ag nih.. cam nak bli ptg nih,, tp,, tgk keadaan dulu.. kalo x ujan,, kuar r,, kalo ujan,, dok umah jer r.. 

baju raye izan da siap,, mak yang wat...  cayang mak lbey.. hehehe.. kawan2,, baju raye koang wrne pe taun nih?? ne tau same ngan koang,, taun nih,, baju raye kitoang wrne pink (yang pompuan),, yang laki,, wrne merah,, tp seakan2 pink,, hehehe.. x saba nak raye..

ari sabtu ari tuh,, izan g umah akk izan kat klang,, kat bukit kuda.. saje nak tdo sane,, bkn selalu dapat g umah die.. mlm tuh,, g solat terawikh kat msjid sane,, pastuh,, oang sane ingat an,, izan ngan akk kembar,, ari tuh,, g maydin,, oang tuh pown ingat kitoang kembar,, doang ingat an,, akk izan tuh,, adk izan.. pape ntah doang nih,, pastuh,, kalo kuar ngan adek izan pown,, doang ingat kitoang kembar,, adek izan plak yg doang ingat akk izan.. adoyai,,, nape ntah.. mybe akk izan tuh,, kecik dr izan kot.. nak kate muka kitoang same,, x plak.. ntah r...