Pages

Sabtu, 8 Januari 2011

Andai Dia Jodohku

Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku,
dosa-dosa kedua ibubapaku, dosa guru-guruku,
dan dosa sahabat-sahabatku.
Selamatkanlah kami daripada azab kubur dan nerakaMu.
Ya, Allah, Kau pimpinlah hatiku ini dalam
mencari rahmat dan redhaMu.
Bantulah aku dalam membuat keputusan yang
bakal merubah masa depanku.

Ya Rahman, andai benar dia milikku,
namanya yang tercatat di Luh Mahfuz
menjadi pasanganku, dirinya yang telah
Kau suratkan menjadi pembimbingku,
maka Kau bukalah pintu hatiku untuk menerimanya.
Tenangkan hatiku andai keputusanku ini benar,
dan berikan petunjukmu agar aku tidak tersasar
dari jalanMu Ya Robb.
Namun, andai bukan dia yang sepatutnya aku dampingi,
maka jauhikan aku dari dirinya,
kuatkan hatiku untuk menerima ketentuanMu.
Kerana aku yakin, Kau Maha Mengetahui apa yang
terbaik buat hambaMu yang hina ini. Amiinn.

Tiada ulasan: